Tuesday 14 August 2012

Perbezaan antara Guru, Pensyarah Politeknik, Tutor dan Pensyarah Universiti


Kawan-kawan saya banyak bertanya mcm mane nak mohon itu, mcm mane nak cari ini.. saya ni bukannya pandai sgt, tp melalui pengalaman sebagai penjawat awam..boleh lh sya kongsikan sedikit dgn semua.

GURU
- sesiapa yg mempunyai ijazah dan diploma pendidikan layak memohon
- bagi yang tiada ijazah pendidikan tp berminat boleh melalui KPLI
- di dalam perkhidmatan awam mereka digelar PPP (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan) dgn gred gaji DG41 bagi lepasan ijazah dan KPLI dan DGA29 bagi lepasan diploma.
- boleh memohon di isi borang permohonan PPP

PENSYARAH POLITEKNIK
- sesiapa yang mempunyai ijazah yang bersesuaian dgn bidang pengajian di politeknik layak memohon..chef2 lepasan ijazah juga boleh memohon..sape2 jer lah..
- di dalam perkhidmatan awam mereka digelar PPPT (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Tinggi) dgn gred gaji DH41 dan bagi DH29 bagi lepasan diploma. Tetapi disebabkan penaiktarafan politeknik, rasanya lepasan diploma akan disalurkan ke Kolej Komuniti
0cara memohon :
isi borang permohonan PPPT

TUTOR
- adalah pelajar2 cemerlang di peringkat ijazah sarjana muda yang diambil bekerja sebagai pembantu pensyarah sementara menunggu peluang menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana.
- Gred gaji DA41
- jika berminat boleh memoh0n terus ke laman web universiti2 yang anda minati cthnya mohon jawatan tutor UiTM

PENSYARAH UNIVERSITI
- Kelayakan minima adalah ijazah sarjana dlama bidang masing-masing
- gred gaji bermula di DS45 bagi semua universiti kecuali UiTM, DM45.
- jika layak dan berminat boleh mohon terus ker universiti2 yang anda minati cthnya mohon jawatan pensyarah UiTM

p/s: ini adalah ringkasan shj. sebarang kesilapan didahulukan dgn ucapan maaf yer.jika ada kemusykilan boleh tinggalkan komen anda, nanti saya akan dpatkan kepastian dgn pihak terlibat n update lagi sebab benda2 ni mmg cepat berubah.

3 comments:

  1. beban paling penting utk dinilai

    ReplyDelete
  2. Salam..post sgt bguna. tq. sy ada soalan. dlm jobsmalaysia, status sy tidak aktif. bla sy klik pautan ke spp, keluar laman semakan permohonan jawatan. isi no ic dan laman tu gtau permohonan tiada dlm pengkalan data SPP. mohon bantu....

    ReplyDelete
  3. Salam, thanks for d info sharing.
    Adam, berkenaan dgn status tidak aktif pd website jobsmalalysia,
    awk boleh call directly or hantar pertanyaan pd jobsmalaysia live support.
    same goes to SPP, awk hantar soalan utk update.

    ReplyDelete