Tuesday 14 August 2012

GURU DIBEBANI TUGAS BERAT,BERSETUJUKAH ANDA?



TERTARIK sungguh apabila membaca komentar Wahid Hashim dalam laman Pendidikan, Utusan Malaysia bertarikh 29 Mac 2010 yang bertajuk 'Mencemburui gaji guru'. Terdetik hati saya untuk bersama-sama berkongsi pendapat dan pandangan tentang isu-isu yang dibangkitkan.
Tulisan beliau yang menjurus kepada reaksi KPPK untuk bersemuka dengan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas beberapa isu berkaitan bebanan tugas dan kenaikan gaji guru, sedikit sebanyak mampu membuka minda semua yang terlibat dalam profesion keguruan.
Bebanan tugas guru ibarat isu yang tidak ada kesudahannya, padahal realiti sebenarnya bukan ditanggung oleh semua guru tetapi oleh sebahagian guru terutama guru mata pelajaran peperiksaan utama, guru yang menjawat jawatan penting sekolah dan guru yang terpaksa bertugas selepas waktu kelas seperti jurulatih sukan utama sekolah dan sebagainya.
Namun yang pelik dalam 'gegak-gempita' isu bebanan tugas guru ini, ada pula guru yang sempat membuka kedai kain, restoran, perniagaan jualan langsung dan pelbagai kerja sampingan yang tidak berkaitan dengan pendidikan.
Kalau terbeban dengan tugas sekolah, mana mampu guru tersebut menjawat 'dua profesion' dalam satu masa.
Sebenarnya 'atas kertas,' Kementerian Pelajaran telah imbangi bebanan tugas guru dengan jumlah masa mengajar mingguan maksimum hanya 13 jam seminggu dan gaji lumayan untuk guru-guru muda yang hanya mampu dicapai oleh guru lama yang berkhidmat lebih 18 tahun dan beberapa lagi insentif lain.
Akan tetapi yang peliknya, gaji lumayan seolah-olah membawa kesan negatif kepada dunia pendidikan apabila guru berkenaan hilang semangat untuk berkorban dan 'rasa susah' demi mendidik anak bangsa. Tuisyen berbayar hanya dipandang sebelah mata apatah lagi tuisyen percuma dan ditambah lagi dengan alasan suami tidak izin, anak sakit dan seribu satu alasan lain.
Jika diminta bertugas di luar bandar pula, pelbagai alasan diberikan, berjenis 'kabel' digunakan untuk mengelakkan diri, sedangkan ketika temu duga 'jangankan Gunung Everest, lautan api sanggup direnangi'.
Jadi, apabila timbul keadaan ada segelintir guru yang 'enggan susah' dan bersikap 'anak manja' maka terbitlah masalah bebanan guru kerana ada guru terpaksa memikul beban guru terbabit. Ditambah pula dengan pentadbir sekolah yang mengejar populariti, guru yang rajin dan berkebolehan akan dibebani dengan pelbagai tugas tanpa memikirkan kebajikan guru tersebut. Mereka akan dihantui dengan kerja yang tidak berkesudahan setiap hari, sedangkan ada segelintir rakan guru yang lain 'enak dibuai mimpi'.
Setiap profesion tentu ada cabarannya lebih-lebih lagi profesion keguruan. Namun, jika ia tidak diseimbangkan dengan adil, akan berlakulah bebanan tugas tersebut. Tentu amat terbeban jika seseorang guru yang mengajar kelas peperiksaan lebih tiga tahun secara berterusan, guru yang memegang lima jawatan utama sekolah dalam satu masa dan sebagainya.
Sebagai 'orang lama' dalam dunia pendidikan, KPPK kini dilihat semakin hilang 'sengat' terutama pada kaca mata guru-guru lama. KPPK dilihat lebih mengejar populariti dan nama berbanding kebajikan guru. Isu yang diperjuangkannya seperti menguntungkan satu pihak tetapi menyakitkan hati pihak yang lain.
Jadi, untuk mengembalikan 'taring' KPPK, peranan sebenar KPPK adalah menuntut Kementerian Pelajaran memberi insentif untuk guru yang sanggup menanggung bebanan tugas yang diberikan. Insentif berbentuk elaun mampu memberi keadilan kepada guru-guru terbabit agar terubat duka menanggung bebanan tugas yang diberikan.
KPPK juga harus membuat soal selidik bebanan tugas guru di sekolah melalui wakil guru dan ahli KPPK yang hampir mencecah 200,000 guru itu. Jangan hanya 'terjah' dan 'timbang kilo' tanpa fakta yang tepat kerana ini hanya merugikan guru-guru yang berkebolehan, aktif dan produktif di sekolah.
Kerajaan pula hanya membazir wang negara andai kata memberi ganjaran seperti elaun dan bonus kepada kakitangannya yang tidak produktif. Eloklah kerajaan melalui Kementerian Pelajaran mengkaji elaun-elaun yang telah diberikan kepada guru-guru agar dinikmati hanya oleh guru-guru yang benar-benar layak dan berhak.
Setiap sen wang negara yang diperoleh oleh para guru adalah ibarat titisan keringat ibu bapa yang mengharapkan kejayaan anak-anak mereka demi kelangsungan hidup yang mendatang. Fikir-fikirkanlah.

BEBAN TUGAS GURU KIAN MENCABAR..




MESRA…hubungan guru, pelajar serta ibu bapa perlu mesra supaya segala masalah boleh diselesaikan dengan profesional.  PERHUBUNGAN guru dan pelajar yang dulunya berlangsung secara harmonis, saling menghormati serta mendapat pengiktirafan masyarakat, kini semakin berantakan.Bukan saja pelajar dilanda masalah disiplin guru juga semakin mula menunjuk lagak dengan tindakan membelakangkan nilai kemanusiaan dan kewarasan.
SAYANG…guru perlu menyayangi pelajar dan mengenepikan masalah serta bertindak matang untuk menjalankan tugasan diamanahkan.  BINCANG…sekiranya ada masalah, berbincanglah dan jangan memendam perasaan sendirian. Dan masyarakat pula mula diasak pelbagai pertanyaan dan persoalan mengenai nilai serta kredibiliti guru. “Adakah guru boleh mendidik?”, “Guru sudah hilang akalkah hingga sanggup mendera dan menghukum pelajar seperti haiwan?” serta pelbagai lagi persoalan yang memerlukan jawapan segera.
Malangnya, semakin banyak salah laku guru didedahkan, masih ada yang berani berterusan menongkah arus dengan mengambil jalan penyelesaian sendiri seolah-olah tragedi yang berlaku tidak mampu meninggalkan peringatan.
Persoalannya, mengapakah guru masih tidak mahu mengambil iktibar? Adakah keberanian itu kerana berasa diri kebal dengan status terhormat yang diberikan masyarakat ataupun dibelenggu faktor lain hingga menjadikan mereka bertindak tanpa kewajaran.
Bekas Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) cawangan Kedah, Zuraidi Rahim, berkata masyarakat seharusnya memahami guru hanya manusia biasa yang tidak lekang daripada melakukan kesilapan.
Menurutnya, status guru hanya disandang kerana terbabit dengan kerjaya berkenaan manakala secara khususnya, mereka masih seperti anggota masyarakat lain yang berdepan dengan tekanan dan cabaran.
“Apabila masyarakat menggunakan status guru dalam membuat penilaian, secara tidak langsung membabitkan keseluruhan golongan berkenaan. Dengan kata lain, kalau seorang bermasalah, semuanya seolah-olah melakukan kesalahan serupa dan patut dihukum.
“Sedangkan yang bermasalah hanya seorang dua. Hakikatnya, mereka tetap sama seperti orang lain yang melaksanakan tugasan dan tanggungjawab dengan cabaran masing-masing,” katanya.
Kebelakangan ini imej guru serta sistem pendidikan negara bagaikan tercalar teruk dengan pelbagai insiden luar jangkaan menjadikan masyarakat mula menilai dan memperkatakan profesionalisme golongan terbabit.
Jika dulu guru hanya menggunakan pendekatan rotan bagi tujuan mendidik, kini ada pula berani menggunakan kekerasan fizikal atas alasan sama. Malangnya kekerasan itu berakhir pula dengan tragedi.
Beliau berkata masyarakat boleh menyalahkan guru yang bersalah, namun perlu adil membuat penelitian terperinci sebelum menjatuhkan andaian.
Akuinya, ada guru berdepan dengan tekanan persekitaran luar biasa yang menjadi punca tindakan luar kewarasan, ditambah bebanan kerja serta sikap pelajar yang bermasalah.
“Dunia pendidikan hari ini tidak sama seperti dulu. Cabaran keterlaluan bukan saja persekitaran tapi sikap segelintir masyarakat yang bongkak serta lepas tangan menjadikan guru seperti ditindas.
“Masyarakat tidak boleh memaksa untuk memenuhi kehendak mereka secara total, malangnya berapa ramai mahu memahami? Kesudahannya apabila sentiasa ditekan dan tertekan, mereka boleh hilang pertimbangan.
“Apabila timbul isu membabitkan guru, masyarakat pula memberikan hukuman dan komen negatif sedangkan kebenaran masih belum terbukti. Ini menambah lagi beban guru yang sudah sedia terbeban,” katanya mengakui cabaran besar guru hari ini berlegar kepada matlamat untuk memuaskan hati ibu bapa dan masyarakat.
“Malangnya dalam memastikan usaha itu berjaya, banyak halangan perlu dihadapi, namun tidak semua memberi sokongan menjadikan tugas guru semakin sukar. Ditambah tekanan memenuhi standard tugasan, persekitaran, bilik darjah, keluarga dan sebagainya, guru pasti sukar ‘bernafas’.
“Jadi mengapa masyarakat tidak mahu memudahkan tugasan itu dengan bersama menggembleng usaha dan memberi ruang privasi kepada guru mencorakkan sendiri tanggungjawab? Saya percaya cara itu dapat membantu mereka lebih berdaya saing dan kurang tekanan,” katanya.
Beliau bagaimanapun akur ada guru mempunyai emosi tidak stabil, bercelaru dan memerlukan rawatan sama ada berbentuk dorongan psikologi atau perubatan.
“Masalahnya, mereka berkelakuan normal namun bahaya kepada pelajar. Guru seperti ini memerlukan pemerhatian khusus dan sekolah terutama pentadbiran perlu peka kerana membabitkan soal keselamatan.
“Bagaimanapun, jangan meletakkan kesalahan atau noktah penamat terhadap perlakuan itu. Jika boleh dibantu, hulurkan bantuan ataupun merujuk kepada mereka yang lebih arif dan pakar untuk membantu,” katanya.
Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris, Ab Aziz Mohd Yatim, berkata tekanan terhadap komitmen tugas yang perlu dilaksanakan mengikut standard tertentu memungkinkan guru bertindak di luar batasan.
Menurutnya, guru yang tidak sanggup lagi menerima tekanan boleh bertindak di luar kawalan termasuk melempiaskan kemarahan kepada pelajar tanpa disedari hingga mengakibatkan masalah lain.
“Dulu, guru boleh mencorakkan cara pengajaran sendiri tanpa perlu memberi banyak komitmen terhadap tugasan lain. Berbanding sekarang, terlampau banyak kerja remeh temeh terpaksa dilakukan termasuk tugas dokumentasi yang perlu diserahkan kepada pihak tertentu.
“Tekanan demi tekanan di samping tidak mendapat sokongan persekitaran menyebabkan segelintir guru akhirnya tertekan. Untuk menyalur atau meredakannya, mereka menzahirkan kepada golongan yang tidak mampu melawan dan kebiasaannya pelajar menjadi pilihan.
“Malangnya, ramai tidak prihatin terhadap masalah ini dan melambakkan segala tanggungjawab pada guru. Apatah lagi kebanyakan pelajar hari ini ‘tidak makan saman’ menyebabkan guru bagai terpaksa mengambil tindakan luar biasa untuk mengimbangi keadaan meskipun salah,” katanya.
Beliau berharap guru yang berasakan diri bermasalah agar dengan rela hati bertemu kaunselor atau pihak bertauliah untuk meredakan tekanan dan mencari alternatif terbaik untuk mengawal diri.
“Jika berasakan diri bermasalah, jumpa kaunselor untuk mencari penyelesaian. Tidak usah malu dan ketepikan persepsi buruk orang lain demi kebaikan diri sendiri.
“Amat malang sekali imej guru yang selama ini dihormati tercalar gara-gara masalah yang boleh diselesaikan. Dalam hal ini, masyarakat atau pelajar tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana mereka berhak untuk bersuara,” katanya.
Bapa pelajar sekolah menengah di Alor Setar, Kedah, Izir Ahmad, berkata guru yang melepaskan kemarahan kepada pelajar dianggap tidak profesional dan melanggar batas tanggungjawab diamanahkan.
“Saya akui ada pelajar hari ini sangat degil, namun sebagai guru dan orang dewasa, perlu bertindak secara matang untuk mengawal perasaan. Walaupun perasaan bersifat subjektif, namun ia boleh dibentuk dengan pemikiran positif.
“Sebagai bapa, saya juga gusar melepaskan anak ke sekolah untuk dididik oleh guru bermasalah. Bagaimanapun saya yakin hanya segelintir guru saja yang bermasalah manakala yang lain masih berdedikasi untuk mendidik pelajar menjadi cemerlang,” katanya.

JOM NYANYI...LILIN SEORANG GURU...


Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku 
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

Perbezaan antara Guru, Pensyarah Politeknik, Tutor dan Pensyarah Universiti


Kawan-kawan saya banyak bertanya mcm mane nak mohon itu, mcm mane nak cari ini.. saya ni bukannya pandai sgt, tp melalui pengalaman sebagai penjawat awam..boleh lh sya kongsikan sedikit dgn semua.

GURU
- sesiapa yg mempunyai ijazah dan diploma pendidikan layak memohon
- bagi yang tiada ijazah pendidikan tp berminat boleh melalui KPLI
- di dalam perkhidmatan awam mereka digelar PPP (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan) dgn gred gaji DG41 bagi lepasan ijazah dan KPLI dan DGA29 bagi lepasan diploma.
- boleh memohon di isi borang permohonan PPP

PENSYARAH POLITEKNIK
- sesiapa yang mempunyai ijazah yang bersesuaian dgn bidang pengajian di politeknik layak memohon..chef2 lepasan ijazah juga boleh memohon..sape2 jer lah..
- di dalam perkhidmatan awam mereka digelar PPPT (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Tinggi) dgn gred gaji DH41 dan bagi DH29 bagi lepasan diploma. Tetapi disebabkan penaiktarafan politeknik, rasanya lepasan diploma akan disalurkan ke Kolej Komuniti
0cara memohon :
isi borang permohonan PPPT

TUTOR
- adalah pelajar2 cemerlang di peringkat ijazah sarjana muda yang diambil bekerja sebagai pembantu pensyarah sementara menunggu peluang menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana.
- Gred gaji DA41
- jika berminat boleh memoh0n terus ke laman web universiti2 yang anda minati cthnya mohon jawatan tutor UiTM

PENSYARAH UNIVERSITI
- Kelayakan minima adalah ijazah sarjana dlama bidang masing-masing
- gred gaji bermula di DS45 bagi semua universiti kecuali UiTM, DM45.
- jika layak dan berminat boleh mohon terus ker universiti2 yang anda minati cthnya mohon jawatan pensyarah UiTM

p/s: ini adalah ringkasan shj. sebarang kesilapan didahulukan dgn ucapan maaf yer.jika ada kemusykilan boleh tinggalkan komen anda, nanti saya akan dpatkan kepastian dgn pihak terlibat n update lagi sebab benda2 ni mmg cepat berubah.

BUATMU GURU

Pena dan buku berkata padaku..
Sudahkah kamu berterima kasih
kepada mereka?
Tika itu, kau tidak mengenal apapun erti dunia
tetapi mereka memahamkanmu
bahawa pena itu tujuannya ilmu
dan buku itu isinya ilmu.
Hiduplah dirimu dengan ilmu
kerana Tuhan menjadikan manusia
adalah untuk ilmu.
Tuhan menyebutkan lagi
Adakah sama orang berilmu dengan tidak berilmu?
Pena dan buku mengulangi..
sudahkah kau berterima kasih kepada mereka?
ya, hari ini dan selamanya.

Saturday 11 August 2012

Masalah Kekurangan Guru Lelaki Di Malaysia



Masalah kekurangan guru lelaki menjadi fenomena dalam dunia pendidikan di Malaysia kini.  Kenapa dan mengapa masalah ini berlaku?  Ramai yang beranggapan bahawa kaum Adam tidak berminat untuk melibatkan diri dalam institusi pendidikan ini kerana profesion ini memerlukan komitmen dan komited yang tinggi di dalam melahirkan dan membentuk pelajar yang bersahsiah tinggi baik dari segi akademik mahupun kokurikulum.
Alasan ini dikatakan punca utama mengapa golongan lelaki tidak berminat untuk menjadikan kerjaya guru sebagai pekerjaan mereka.  Apa pula pendapat anda?

Wednesday 8 August 2012

Masalah 3M di Malaysia


Sebelum ini dunia pendidikan di Malaysia dikejutkan dengan angka yang boleh dikatakan cukup membimbangkan apabila 60 peratus pelajar tahap satu di sekolah bagi seluruh negara tidak mencapai tahap penguasaan kemahiran asas 3M (iaitu membaca, mengira dan menulis). Ramai yang terkejut. Yang buat-buat terkejut pun ada.

Persoalannya sekarang :
  1. Pihak manakah yang susun silibus?
  2. Pihak mana yang mengadakan peperiksaan?
  3. Yang merangka sistem pendidikan negara. Pihak mana?